Sunday, October 14, 2012

Kekuatan hati mu

Kekuatan kau melangkaui benak fikiran ku yang terlalu bnyak memikirkan tentang diri kau.kau memang hebat ! Kau memang kuat harungi rintangan dan dugaan hidup yang kau telah lalui , walaupun hidup kau terlalu bnyak ranjau dan cabaran yang manusia lain tidak mampu mengharunginya. Sangkaan aku x pernah silap ! "sekilas ikan di laut ku tahu jantan betinanya".persoalan yang sering bermain di benak fikiran ku ini sudah terjawab ! Jawapan itu juga yang aku sangkakan.. Aku terharu melihat seorang 
manusia yang begitu kuat mengharungi rintangan yang begitu besar.aku kagum melihat kesungguhan kau untuk mengharungi hidup yang sebegitu.kekuatan kau akan aku jadikan contoh untuk aku harungi hidup ini.walaupun situasi dan keadaan kita berbeza dan begitu jauh besar dugaan yang kau lalui dengan kehidupan yang aku lalui , tetapi tidak salah untuk aku jadikan ia sebagai pengajaran dan pedoman hidup. Kehidupan kau memang susah untuk diharungi,tetapi aku kagum dengan sifat keberanian dan kekuatan yang ada dalam diri kau..walaupun kehebatan manusia terbatas tetapi kau tetap hebat dimata aku , kau satu2nya manusia yang aku kenal punyai kekuatan yang luar biasa. Kau memang hebat ..

25 tahun kau harungi kehidupan dengan pelbagai dugaan dan cabaran yang sukar dilalui. Selama itu juga kau keraskan hati kau yang selembut wajahmu . Selama itu juga kau mampu untuk menjaga hati dua orang manusia yang selama ini mendidik dan membesarkan kau . Selama itu juga kau boleh membahgiakan mereka sedangkan pada hakikat dan kenyataan nya kau hanya lah **** ****** mereka. Selama itu juga mereka sanggup untuk melindungi kau daraipada manusia yang tidak bertanggungjawab keatas diri kau walaupun mungkin pada hakikatnya mereka mempunyai alasan dan boleh memberi penjelasan kepada kau .. Pengorbanan itu terlalu besar bagi aku ... 



No comments:

Post a Comment