Monday, July 18, 2022

Belajar untuk redha

assalamualaikum wbt.

2-3 hari aku cuba merenung dan berfikir , cuba untuk bermuhasabah diri , mendekatkan diri pada pencipta . Allahu , aku rasa lebih tenang dari 2-3 hari sebelum yang mana terlalu serabut dengan masalah itu dan ini. dan dari saat itu aku belajar untuk menerima dan menghormati keputusan yang engkau lakukan yang telah mengejutkan dan memberi tamparan yang hebat dalam diri aku.
Aku akan cuba untuk menerima keputusan tu dengan hati yang terbuka . Walaupun pada hakikat nya aku sangat-sangat sakit untuk menerima keadaan itu .

Monday, July 11, 2022

Happy Birthday Sayang

 Happy Birthday Sayang yang ke-32 ๐Ÿ’

May Allah Blessed you and

Wish you get all the happiness, joy and love in your life and afterlife.

Semoga u mendapat kebahagiaan didunia dan diakhirat dan sentiasa dilindungi serta dirahmati, 

Siti Nur Ainah nama yang tak akan pernah padam dan hilang dari hati i , nama yang ada dalam setiap sujud i, nama yang sentiasa dirindui dan disayangi tak pernah lusuh tak pernah pudar dalam ingatan i.

Stay healthy and beautiful sayang.

Kasih dan Cinta i akan sentiasa ada untuk u sayang,

Semoga kasih yang terjalin antara kita kekal selamanya,

Walau apa pun yg jadi please remember that u are always in my heart Siti Nur Ainah Binti Ghazali.

Love you to the moon and back ❤️

Siti Nur Ainah Binti Ghazali Cinta hati i ❤️

Monday, May 16, 2022

Raihanatul Qalbi

Raihanatul Qalbi membawa maksud bunga yang mekar dihatiku ,
menjadi gelaran baru untuk mu menggantikan qalbu yang hanya membawa maksud hatiku , Kerinduan sesama kita yang terungkap dan terucap membuatkan kita ditarik kembali untuk kita bertemu dan berhubung seperti dulu. Sama-sama memendam perasaan rindu yang mendalam sehinggakan hati kita memberontak ingin meleraikan kasih dan rindu itu menjadi satu kisah yang abadi antara kita ,
Soalan mu membuatkan aku mampu tersenyum sambil meluahkan apa yang masih terbuku dihati sepanjang kita tidak bersama, membuatkan aku lebih yakin untuk meluahkan isi yang tersirat dan tersurat di hati ini , soalan mu membuatkan aku semakin yakin dengan jawapan yang lahir dari hati ini , soalan mu yang membuatkan aku yakin apa yang aku rasa engkau juga merasainya walaupun semua soalanku kau tidak jawab dengan kata-kata dan ungkapan yang panjang aku masih boleh memahaminya dari riak wajahmu yang selama ini aku rindu , aku yakin jawapan mu juga sama seperti aku.
mungkin keadaan kau ketika ini membuatkan kau tidak mampu untuk menjawab segala soalan yang keluar dari bibirku , aku sangat memahami situasi kau sekarang , aku juga tidak akan memaksa kau untuk menjawabnya dengan kata-kata . cukup sekadar senyuman yang membawa 1001 erti untuk ku ....๐Ÿ˜Š

~snabg~

Sunday, February 6, 2022

Manusia datang dan pergi tanpa kita sedar

People come and go like always . we need just let it go . it took me a long time to realize that not everything in life is meant to be a beautiful story,, Sometimes people come to our lives to teach us how to love ; and sometimes people come to our lives to teach us how not to love ; How not to settle, how not to shrink ourselves ever again. 
Yes sometimes people leave but that okay , because their less8 always stay ; and that is what matters ; that its what remains..
~~B.s

Saturday, January 22, 2022

Qalbu

Assalamualaikum. ✌️
setelah sekian lama engkau menyepi, 2 hari yang lalu kau membuatkan aq tertanya-tanya apa yang engkau mimpi kan sampaikan kau muncul balik dalm hidup aku? mimpi kena patuk ular ke apa ๐Ÿคฃ, 2 hari ni kau buat aku tersenyum dan tersengeh-sengeh bila text dgn kau ,, adakah kerinduan yang kau miliki terhadap diri aku ni x mampu lagi untuk kau bertahan ,  setelah 4 tahun kau pergi tinggalkan aku . 2022 kau muncul kembali . mengapakah? mengapa sekarang? difikiran aku berlegar-legar dengan berbagai persoalan yang hanya kau yang ada jawapan untuk semua soalan difikiran aku ni ..

Monday, October 18, 2021

Birthday

Happy birthday !
Semoga kau dapat kecapi kebahagiaan sepertimana yg kau inginkan, dipanjangkan usia serta diberikan kesejahteraan dalam kehidupan. 
I pray that Allah blesses you with all the happiness with your family and friends.

maybe ni la birthday wishes yg kau terkejut sbb selalunya aq wish terlalu awal , kekadang terlalu lambat ..
x kisah la aq wish cepat atau lambat , at least aq ingat kau walaupun kau ingat aq time kau susah jerk .. Hahahah ..
 And maybe wishes nie x membawa apa2 erti pun pada kau ,,, sebab bukan dari orang yg kau nantikan2 atau tunggu .. huhuhu ...

dan mungkin ni la birthday wishes yang terakhir kalinya kau akan dapat dari aq ... 

Saturday, September 25, 2021

Wednesday, December 16, 2020

keturunan haram

1 perkataan yang aq xkan lupa sampai aq MATI ! dan aq xkan maafkan kau sampai2 bila . mungkin aq xkan dpat ketenangan jiwa bila aq berdendam . tp itu kepuasan aq ! terlajak perahu boleh berundur , terlajak kata buruk padahnya .. lidah setajam pisau! lidah yang xpatut ada dekat org "keturunan maksum" macam kau .. keturunan maksum yang xpernah ada DOSA!! 
MAKSUM SANGAT KETURUNAN KAU.  SEMOGA KALIAN BERJUMPA DISYURGA ! KELUARGA AQ SEMUA KAN HARAM MUNGKIN KE NERAKA!!!

Saturday, May 16, 2020

baik? baik ada makna tu...

Aq mcm dah boleh baca permainan kau.. Kalau kau baik ngan aq mesti ada sesuatu yg kau mntak degan aq, teringat aq cerita p ramlee dalam madu tiga. Pakcik tu ckap" baik? Baik ada makna tuu.. "

Saturday, March 30, 2019

Kenapa

Hurmmm, i know u was seeing someone but why u have to do infront of me all the time? Aku pun ada perasaan jugak. Npe kau buat aku mcm nie eah? Semoga satu hari kau terima apa yg kau bagi pada aku dan semoga satu hari kau rasa apa yang aku rasa sekarang.

Kesabaran yang semakin tidak dapat dibendung

Aku mula terfikir adakah aku yang terlalu baik atau engkau yang pandai mengambil kesempatan atas kebaikan diri aku pada kau.
Selagi aku mampu untuk bertahan aku akan cuba bertahan, selagi ALLAH memberikan aku sifat sabar aku cuba senyum walaupun hati aku dirobek, dikoyak dan dicarik-carik. Selagi aku mampu mengukir senyuman walaupun terpaksa berpura-pura atau secara terpaksa.

Monday, February 18, 2019

Pengakhiran yang telah dijangka

Pengakhiran yang dinanti nanti. Aku pasti ini akan terjadi, hanya masa yang tidak aku pasti tapi ianya telah terjadi. Tidak ku sangka dan ku duga secepat ini dan sepantas ini. Kalau itu yang akan buat kau bahagia aku akan ajar hati aku untuk redha. Semoga kebahagiaan yang kau cari selama ini akan kau kecapi. Walaupun hati aku terluka dan berkecai setelah mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut kau, aku akan cuba untuk melupakan kau dan meredhai segala apa yang telah tertulis. Semalam, tiada setitis air mata pun yang luruh dari mata ku ini seakan dapat membaca apa yang akan kau perkatakan, dan mungkin itu yang aku nanti-nantikan. Walaupun perit kesudahan yang akan aku lalui selepas ini aku perlu kuat untuk menghadapi segalanya. Akan aku bawa kenangan ini untuk selamanya supaya menjadi pengajaran untuk aku melalui hari hari yang mendatang. Engkau masih ada di dalam doa aku, InshaAllah.
Maafkan aku atas segala kekhilafan yang mungkin mengguris hati kau sama ada dalam keadaan sedar atau tidak. Terima kasih atas segalanya hanya ALLAH swt yang dapat membalas segalanya. Semoga engkau sentiasa didalam lindunganNYA, amin yarrabbalalamin.

Pndek_kkashi

Saturday, December 29, 2018

Dekat tapi Jauh

Kau yang semakin tidak aku kenal , semakin lama semakin keluar diri kau yang sebenar , aku semakin jauh dan teus jauh , kasih dan sayang yang aku ada semakin hilang diterbangkan angin , 
sisa-sisa kasih yang tinggal entah sampai bila akan bertahan , fikiran dan hati aku tak seiringan yang mana , otak tidak lagi mampu menerima tapi hati masih teguh tidak beganjak walau selangkah walaupun hari-hai diguris seperti bawang . aku tidak tahu sejauh mana aku mampu bertahan dan bertahan , aku tidak tahu sejauh mana kesabaran yang ALLAH anugerahkan untuk pendosa seperti aku yang penuh dengan titik hitam dalam hati dan tiada sekecil zarah titik putih dan suci . Aku tak tahu selama mana aku bersama kau yang seringkali melukai aku yang mana aku tidak pasti ia sengaja atau tanpa sengaja . Semakin aku ingin membenci semakin aku kasihan terhadap kau sedangkan engkau yang banyak melukai aku .. 

seperti tin kosong

Dunia aku yang semakin tidak bercahaya dan gelap gelita ,
Aku semakin buta dengan dunia khayalan yang hanya dongengan  ,
Tiada kasih tiada sayang yang ada di hati dan jiwa ,
Kasih semakin kabur sayang yang semakin bepura-pura ,
Keikhlasan yang semakin hilang ditelan zaman ,
Amarah yang memberontak dan semakin menggila ,
Jiwa yang semakin kosong , tawar dan penuh bintik hitam ,
Bintik hitam yang semakin gelap dan penuh seluruh hati ,



Thursday, December 20, 2018

Adakah aku orang gaji dimata kau

Kadang2 aku ni mcm org gaji kau je. Bila hal kau mcm x boleh nak kata tak. Kalau tak yg keluar dr mulut aku ni muka kau masam mencuka. Bila tiba urusan aku kau perli2 mcm hina sgt aku ni. Kenapa eah mcm tu.? Mungkin ya sbb kau bnyak keluar duit utk tolong aku tp xkan smpai tahap kau buat aq mcm org gaji kau eahh.. Yang perlu mngikut perintah kau jerkk...
Mungkin aq x kaya harta dan meminta2 prtolongan dr kau tp alhamdulillah aq x miskin adab dan pekerti utk memijak/merendahkan kepala orang yg aq bantu.

Saturday, December 8, 2018

Jangan buka aib orang nanti tuhan buka aib kita

Hurmm. Alahaii. Memang jenis suka bukak aib org kot, layan kan jerk la.. Huhhh.. Kau sje yang betul sepanjang masa, kau malaikat kot x pernah buat silap xde aib.. Xpe lah...

Tuesday, March 6, 2018

Kerana mulut badan binasa

Dah beberapa hari aq asyik makan maki dan perli serta hinaan dr mulut kau . Aq masih mampu bersabar dan bertahan dengan cacian tu , jangan disebabkan mulut kau hubungan kita hancur ,aq x mntak tp hati aq memberontak xtahan dek cacian kau . Hari2 aq doa pada tuhan agar kuatkan hati aq dr cacian cacian .
Hari2 aq doa tuhan buka pintu hati kau , hari2 aq doa supaya tuhan cuci bintik2 hitam kat hati kau .. 
semoga kau lebih positif ...

Tuesday, December 26, 2017

True colour ?

Makin lama makin aq tidak mengenali diri kau .

Makin lama sikap kau berubah sdikit demi sdikit . Sehinggakan aq tidak tahu apa yg kau inginkan . Semakin kabur kasih dan sayang ini . 

Tuesday, May 2, 2017

Rindu mati

Merindui mu seperti merindui seseorg yg telah mati , rindu yg tiada penghujung. Rindu yang mati . Penat letih lelah , tp perasaan nie tetap ada . What should i do ?? 

Thursday, March 23, 2017

Our 3rd year relay

ุงู„ุณู„ู… ุนู„ูŠูƒู…..
Hari ni tarikh yg pernah wujud dalam relationshi kita . Kalau diikutkan tarikh ni relationship kita dah 3tahun tp x rasa mcm 3 tahun pun ๐Ÿ˜‚ . Rasa mcm da 30tahun plak kenal๐Ÿ˜.

Walaupun tiada lagi hubungan kasih syg dan cinta antara kita , inshallah dengan kekuatan yang allah berikan pada kita hubungan tu hanya antara dua hati kita je yang tahu . Dengan kekuatan yg tuhan da bg pada i ,inshaallah i still boleh get along ngan u , maybe as a bestfriend . As your pendengar masalah , as you


r buddys when u really need someone to talk . Inshaallah selagi nyawa dikandung badan selagi kudrat mampu utk membantu dan memberikan kebahagiaan kepada u . I WILL ALWAYS THERE FOR YOU..

Thanks for everything. 
Jutaan terima kasih atas segala kebahagiaan , kasih sayang yang tiada tandingan di antara manusia yang u pernah berikan kepada i . Segala pengorbanan yang u korbankan utk diri i , 
Segala penat lelah melayan kerenah i ,
Segala keperitan yang u telan selama kenal ngan i,
Segala kesusahan yang u pernah harungi bersama i ,
Segala peluang yang u pernah bagi pada i yang mana bukan sekali dua mungkin beribu kali yang i tak pernah sedar . 

Terima kasih juga utk sekarang walaupun u dah kahwin dan ada tanggungjawab sebagai seorang isteri tapi u still ada utk i .. i still boleh tengok u , pegang u , rasa kasih sayang u . Thanks alot . 

Sorry for everythings 
Mungkin kemaafan ni terlalu lewat , tapi i still nak minta maaf atas apa jua kesalahan , kepayahan , kesulitan , kesakitan , keperitan yang u pernah rasa selama bersama berkasih bercinta dengan i . 


Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana pertemukan i dengan u walaupun kehadiran i dalam diri u hanya utk satukan u ngan akmal .
Pertemuan yang sangat singkat tapi penuh dengan kebahagiaan yang i rasakn tiada tandingan dengan manusia lain . 
Penuh juga dengan keperitan dan kesakitan yang memberi kesan yang mendalam. Yang mengajarkan kita erti berkasih sayang .

Sincerely,
Your ex-cinta hati๐Ÿ’”

dan 

Try to being your bestie ever 
Inshaallah