Monday, February 18, 2019

Pengakhiran yang telah dijangka

Pengakhiran yang dinanti nanti. Aku pasti ini akan terjadi, hanya masa yang tidak aku pasti tapi ianya telah terjadi. Tidak ku sangka dan ku duga secepat ini dan sepantas ini. Kalau itu yang akan buat kau bahagia aku akan ajar hati aku untuk redha. Semoga kebahagiaan yang kau cari selama ini akan kau kecapi. Walaupun hati aku terluka dan berkecai setelah mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut kau, aku akan cuba untuk melupakan kau dan meredhai segala apa yang telah tertulis. Semalam, tiada setitis air mata pun yang luruh dari mata ku ini seakan dapat membaca apa yang akan kau perkatakan, dan mungkin itu yang aku nanti-nantikan. Walaupun perit kesudahan yang akan aku lalui selepas ini aku perlu kuat untuk menghadapi segalanya. Akan aku bawa kenangan ini untuk selamanya supaya menjadi pengajaran untuk aku melalui hari hari yang mendatang. Engkau masih ada di dalam doa aku, InshaAllah.
Maafkan aku atas segala kekhilafan yang mungkin mengguris hati kau sama ada dalam keadaan sedar atau tidak. Terima kasih atas segalanya hanya ALLAH swt yang dapat membalas segalanya. Semoga engkau sentiasa didalam lindunganNYA, amin yarrabbalalamin.

Pndek_kkashi

No comments:

Post a Comment